Just by reading my story doesn't mean you know my life. Hey welcome to my blog :)

Tuesday, January 31, 2012

Yuna - Terukir Di Bintang (Unofficial MTV With Lyrics)

Yunalis Zarai,atau lebih dikenali sebagai Yuna oleh para peminatnya, merupakan seorang penyanyi Malaysia yang memperjuangkan muzik rock indie. Beliau amat dikenali sebagai satu-satunya penyanyi rock indie wanita yang bertudung. Beliau masih lagi menuntut di Universiti Teknologi MARA Kampus Shah Alam dalam jurusan Undang-Undang. Bermula daripada memuat turun lagu ciptaannya sendiri di dalam laman mencari kenalan popular atau social network di Myspace Music, anak tunggal berbakat besar ini mencipta keajaiban yang cukup tersendiri. Mula meningkat naik menerusi lagu Dan Sebenarnya, beliau setakat ini sudah menghasilkan sendiri sebuah album demo dan sebuah album EP dengan menggunakan nama sendiri, Yuna EP, yang boleh dibeli melalui pesanan e-mel.


BIODATA YUNA


Nama sebenar: Yunalis Zarai
Komersial: Yuna
Usia: 23 tahun
Tarikh lahir: 14 November 1986
Tempat lahir: Alor Setar, Kedah
Hobi: Menonton filem
Idola: Fiona Apple (penyanyi luar negara yang pernah dikenali sekitar 1990).
Pendidikan: UiTM Shah Alam dalam ijazah Undang Undang
Emel: yunaroomrecords@gmail.com
Social Networking: Facebook | MySpace


No comments:

Post a Comment